Tuesday, January 31, 2012

Pucuk Ubi Rebus & Air Asam II

Another side dish for ayam lemak padi..Pucuk ubi Rebus & air asam..Selalu kalau rebus pucuk ubi, kita cicah dengan sambal kacang cili padi... kali ni Mr Hubby requested nak cicah dengan air asam pula...Ingat nak  gunakan recipe Air Asam Noorsha here, tapi fikir2 balik nak cuba explore yang lain pulalah....Wah I tell you..this Air Asam pun sedappp gilerr..besides air asam yang dulu tu... this one pun got fightlah..haha..difference yang ini ada bahan2 hirisnya itu yang kasi this air asam meletops!!!!..Mr Hubby makan sampai berpeluh2 dan satu mangkok atas ni kita dua orang aje yang bedal...Terimakasih puan punya recipe minta dihalalkan recipenya ya..

Air Asam II
Sources:-From Yummiez@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-(beberapa2 orang pun boleh)
  • Bahan tumbuk:
  • 2 - 3 biji cili merah+ 6 cili padi-(Ayu tambah)
  • 3-4 biji bawang merah
  • 2 sudu teh belacan
  • Bahan hiris:
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji cili merah
  • 1 biji tomato-(Ayu gunakan 1/2 biji besar)
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa+ gula-(Ayu tambah)
  • jus limau-(Ayu tak letak ni sebab dah letak air  masam kat atas dah masam)

Cara-cara

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam secukup nya. Tak perlu byk sgt kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Ikan Sepat Sambal Cili Padi

 Lauk ikan sepat masin ni adalah side dish for ayam lemak padi kat bawah ni...Suka lauk kampung macam ni..memang berselara betullah kalau makan tengah2 hari..Asal recipe ada letak teruk limbang(terung pipit), tapi kat rumah tak ada stok terung ni so kita just masak without itlah....pun sedapp..

Ikan Sepat Sambal Cili Padi
Adapted from Ikan Sepat Sambal Cili Padi Terung Limbang
Sources:-From majalah Rasa Julai 2010
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
5 ekor ikan sepat masin
100g terung limbang-(Ayu tak letak ni)
1 biji bawang holland-dipotong bulat -(Ayu guna bawang besar biasa aje)
3 ulas bawang putih -dihiris
15-20 biji cili padi-ditumbuk kasar
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara:-
Panaskan minyak dan goreng ikan sepat masin yang direndam seketika dan ditoskan sehingga garing. Angkat toskan dan ketepikan.
Dengan menggunakan minyak gorengan ikan sepat masin tadi, panaskan minyak dan tumis bawang holland serta bawang putih sehingga layu dan naik bau. Kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan ikan sepat masin dan terung limbang. Kacau  rata. Akhir sekali perasakan secukupnya. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

Ayam Masak Lemak Padi - Negeri Sembilan Style


Lauk ayam lemak padi ni..adalah menu yang sangat disukai oleh bujang kita yang kedua si Iqram..kalau kita makan diluar, especially kalau makan kat gerai ataupun restaurant, Nasi Padang ..mesti order ayam lemak padi for him..kasi dia lauk itu aje dah cukup for him..
Kalau dirumah..dia boleh bertambah2 nasi for lunch & for dinner..kalau nasinya dah habis, akan diminta ayamnya sahaja for ratah2...

Ayam Lemak padi ni selalunya kita masak tak gunakan bawang...sebab kita suka ikut orang Negeri Sembilan masak lemak padi tak gunakan bawang...Ini cousin kita yang ajar..sebab dia asal orang sana...Tapi kalau masak lemak padi untuk ikan barulah letak bawang katanya...actually masak lemak padi ni masing2 orang masing2 cara, so terpulanglah cara mana yang sesuai pada selera masing2 kannn..hehe

Ayam Masak Lemak Cili Padi - Negeri Sembilan Style
Soures:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
  • 1 ekor ayam-dipotong ikut suka, basuh,toskan dan lumurkan dgn air limau untuk menghilangkan hanyir ayam tu.
  • 2 kotak santam KARA(200ml) +2 kotak air
  • *segenggam cili padi-(ikut kepedasan masing2)
  • *2 inci kunyit hidup
  • 3 batang serai dititik
  • 2 keping asam keping
  • garam & serbuk perasa/gula
  • daun kunyit -(optional)

Cara:-
  • Kisar bahan2*. 
  • Masukkan bahan2 kisar, ayam kedalam periuk/kuali, gaul & masak hingga bahan2 sebati & ayam kecut.
  • Masukkan serai & santan cair/air 1 kotak & asam keping.
  • Gaul rata, bila dah mendidih masukkan santan pekat + 1 kotak lagi air/santan cair. Perasakan dengan garam & serbuk perasa/gula secukup rasa dan biarkan ayam masak hingga empuk.Sentiasa dikacau kuahnya supaya tak pecah santan. Agak2 dah masak & rasa apa yang kurang bolehlah ditambah dan matikan api.
  • *Kalau nak bubuh kentang pun boleh juga. Just masukkan kentang at steps 3, dan biarkan hingga kentang empuk.

Sosej Goreng Merah

Lauk anak2, yang telah diubah main ingredientnya iaitu ayam to sosej ayam..Asik makan ayam aje, so sekali2 gantikan dengan sosej ayam pula..well sebab stok ayam kat rumah dah habis sebenarnya..heheh..tengok dalam freezer ini aje yang tinggal..so just proceed ajelah..


Sosej Goreng Merah
Adapted from Ayam Goreng Merah@trymasak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
10 batang sosej ayam dipotong ikut suka
kunyit & garam
(Gaul bahan2 atas dan perap sekejap)

3 sudu kecil bawang putih kisar
1 biji bawang besar- dihirs bulat
1-2 hiris halia
6 sudu besar sos cili-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 sudu besar sos tomato-(Ayu tambah)
1 biji lada merah
1 biji lada hijau-(Ayu tambah)
garam secukup rasa  kalau perlu

Cara:-
Goreng sosej yang diperap tadi dan ketepikan ditepi kuali. Tumis bawang putih kisar dan halia hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan gaul hingga layu. Masukkan hirisan cili dan sos cili. Boleh tambah sedikit air kalau kering.  Rasa apa yang kurang bolehditambah, kacau sebati dan siap untuk dihidang.

Cucur Ketam Bersos Jingga

Menu sarapan yang dah lama kita buat..tahun lepas ..hehehe..cuba pula cucur or jemput2 ketam ...not much differnce dari cucur yang lain sebab isi ketam kita letak macam  sikit gitu..so tak berapa terasa, next time kena letak lebih sikit baru ada rasa isi ketamnya....recipe comes with sos jingga tapi kita tak buat sebab dah lapar & nak cepat makan...just cicah dengan cili sos biasa aje...Anyway, kita letakkan jugalah recipe sosnya for next time reference..

Cucur Ketam Bersos Jingga
Sources:-From Cucur@Kompilasi Majalah Karangkraf
Sources:-From Ayu@curlybabesatifaction
Bahan:-
300g isi ketam-(Ayu gunakan isi ketam sarimi)
350g tepung gandum
80g lobak merah-(dihiris memanjang)
1 biji bawang besar dihiris-(Ayu tambah)
2 lada merah dihiris-(Ayu tambah)
1 lada hijau- dihiris -(Ayu tambah)
80g daun bawang -dihiris
1 biji telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
garam secukup rasa
air sekupnya
minyak untuk menggoreng


Cara:-
Satukan tepung, isi ketam, telur, lobak merah, daun bawang, serbuk penaik, garam dan air secukupnya. Adun sehingga sebati dan biarkan selama 30 minit hingga satu jam.

Dalam ketika itu, sediakan bahan untuk membuat sos. Pukul mayonis bersama denagn sos cili sehingga sebelum diperahkan limau nipis dan diperasakan dengan lada sulah serta garam. Ketepikan.-(Ayu tak sempat nak buat ni)

Kemudian panaskan kuali dan jemput2kan adunan tepung kedalm minyak yang panas. Masak sehingga kekuningan. Sedia untuk dinikmati bersamaa dengan sos jingga.

Note:- Apabila serbuk penaik(baking powder) bercampur dengan bahan yang lembab ia akan mengeluarkan karbon dioksida berbentuk buih kecil yang menjadi kan adunan naik gebu.