Friday, March 23, 2012

Udang Galah Lemak Cili Padi


Inilah hasil tangkapan pergi Prawning from the kids & Mr Hubby..yang lagi separuh kita dah masak Udang Sri Rampai kemarin..ini menu biasa yang dimasak kalau dia orang bawa balik udang galah macam ni..sampai kita pun naik boring..heheh..kalau ditanya udang banyak ni nak masak apa..mesti Mr Hubby & my parents cakap masak lemak cili padi aje..aduhai..

Terpaksalah ikutkan juga sebab ramai yang dah mengesyorkan..heheh..ada kacang panjang so just campakan ajelah dalam lauk ni..so dah tak payah goreng sayur lah kira..:)


Udang Galah Lemak Cili Padi
Sources:- Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan:-
2kg udang galah-dibuang muncung, misai & 'otak'
*20 biji cili padi-ikut kepedasan masing2
*11/2 inci kunyit hidup
*8 ulas bawang merah or 1 bawang besar
*(bahan dikisar atau tumbuk)

1-2 cili merah dibelah 2 aje
1 biji tomato dibelah 4
4-5 batang kacang panjang dipatah2kan 1inci panjang
2 batang serai dititik
1 kotak santan(200ml) +air
2 keping asam keping
1 daun kunyit disiat2
garam, & serbuk perasa or gula

Cara:-
Panaskan air didalam periuk dan masukkan bahan kisar,udang dan serai. Kacau rata.
Masukkan santan + air dan masak dengan api yang sederhana. Kacau perlahan sambil mereneh masakan. Apabila mendidih masukkan kacang panjang, daun kunyit, asam keping, cili belah dan tomato, serta garam dan serbuk perasa secukup rasa. Biarkan sebentar, agak2 dah masak matikan api. Siap untuk hidangan..

Sotong Masak Asam Berempah

Terimakasih puan punya recipe for sharing..another sotong recipe into my account..

Sotong Masak Asam Berempah
Sources:-From Syafiza Wikinomics
Sources:-From Ayu @curlybabesatisfactions
Bahan A:
1/2 kg sotong besar
1/2 sudu besar jintan manis – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar jintan putih – dikisar halus-(Ayu gunakan serbuk aje)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar-(Ayu tambah)
3 sudu kecil lada hitan – ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
1 ulas bawang merah – ditumbuk kasar
Sedikit asam jawa – diperah dengan 1 1/2 cawan air
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Bahan B:

3 ulas bawang merah – dimayang
2 ulas bawang putih – dimayang
1 tangkai daun kari
Sedikit halia – dimayang
Sedikit minyak

Cara Menyediakan:

1. Sotong dibuang tulang, dakwat dan kulit. Bersihkan dan ditus.

2. Gaul dengan garam dan kunyit. Perap sebentar.

3. Panaskan minyak, masukkan sotong dan goreng hingga masak. Ketepikan.

4. Panaskan minyak dari bahan B dan tumis bahan B hingga wangi.

5. Masukkan bahan A dan kacau hingga wangi.

6. Masukkan sotong semula, kacau sebati dan masukkan air asam jawa. Masak hingga kuah pekat dan rasa asam garamnya. Anda juga boleh masukkan sedikit gula jika suka.

Friday, March 16, 2012

Talam Lapis Kacang Hijau

Ok, ok..entry terakhir dah tak ada lagi lepas ni ya....heheh..maaf ya teman2 mundar mandir pergi balik dapur kita ni..nak clearkan gambar2 yang masih tertunda ni..nanti semua dah clear barulah satu or dua entry aje..hehe..
Dah lama rasanya tak buat kuih bertalam..hari tu mood ada baik sikit so made this ..kita ni kan suka kacang hijau so kuih2 yang berasaskan kacang hijau memang sukalah, kalau compare dengan kacang merah lebih suka kacang hijau..hehe..then kalau compare keladi & keledek lebih suka keledek..baiklah tu nyah..
Recipe ni actually title dia tu just Lapis Kacang Hijau..tapi kita pependai sudah tukar sebab 1st, kuih ni part atasnya tu ada rasa macam bertalam, 2nd kita pernah buat kuih lapis kacang hijau  dulu tapi tu purely kuih lapis tak ada talam, so for my own record..kita tukar namanya..sedappp kuih ni...Mr Hubby rate 5/5..my parents pun suka makan kuih ni..kita ni kalau nak tahu kuih yang kita buat tu sedap..tengok kuih tu surut tak kat atas pinggan kat dapur..kalau dah tinggal beberapa ketul that means sedaplah..kalau macam tu aje tak gerak2.. then kita tahulah dia orang tak suka or tak sedap....hehe..
Oh ya..part bahan2 tu gunakan pati santan..kita tak gunakan keseluruhan pati santan ya..kita campur juga dengan air, sebab tak nak kuihnya keras..so part ni kena agak2 sendiri nak lembut bagaimana kuihnya tu ya..
Oklah tak mau ngomel banyak2..silakan mencuba kalau sudi .. tatatititutu...


Talam Lapis Kacang Hijau
Sources:-From Koleksi Resipi Jelita
Sources:- From Ayu@curlybabesatisfation
Bahan;-
Lapisan bawah
75g kacang hijau
70g tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
300ml pati santan-(Ayu gunakan 200ml pati santan + 100ml air)
60g gula pasir-(Ayu gunakan 40g)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau-(Ayu tambah)

Lapisan Tengah:-
2 biji telur
150ml pati santan-(Ayu agak2  gunakan pati santan + air)
60g gula pasir-(Ayu gunakan 30g)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil air kapur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil  esen mawar
sedikit pewarna kuning

Lapisan Atas:-
85g gula merah atau gula melaka
40g gula pasir-(Ayu gunakan 10g)
1 helai daun pandan, disimpul
125ml air
2 biji telur, dipukulperlahan-(Ayu blender sekali dengan air gula melaka, bila dah sejuk)
275ml santan-(Ayu agak2 gunakan pati santan + air)
30g tepung serba guna
30g tepung beras
1/2 sudu kecil air kapur
1/4 sudu kecil garam


Cara:
  • Rebus kacang hijau sehingga empuk dan kisar hancur.
  • Gaul semua bahan lapisan bawah sehingga sebati. Bubuh didalam loyang 8" yang dilengser dengan sedikit minyak. Kukus sehingga masak.
  • Untuk lapisan tengah, kacau semua bahan diatas api perlahan sehingga berwap. Tuang diatas lapisan bawah dan kukus sehingga masak.
  • Untuk lapisan atas, masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan air sehingga gula larut. Tapis dan biar sejuk.
  • Campur air gula melaka bersama semua bahan lain.(Ayu blenderkan telur, tepung dan bahan lain sekali, termasuk air gula melaka sekali) Tapis keatas lapisan tengah. Kukus lagi sehingga masak. Biarkan sejuk sebelum dihiris dan disajikan.



Laksa Sarawak

Laksa Sarawak..asal dari Sarawak lah kan tak kan dari Singapura pulak kan..heheh..been eyeing this for quite sometimes since a few blogger friends dah mencuba ..feedback was very nice ..tapi mostly yang dah mencuba tu menggunakan pes yang original dari Sarawak itself..since kat Singapura ni tak ada pes yang dimaksudkan tu, dan bila masuk JB, cuba juga mencari tak ada juga ..kita pun cubalah recipe dari Dayang kat bawah ni..pes alternatif laksa sarawak..

Sungguh sedap pada tekak kita ni..pes yang kita ikut kat bawah ni..kita gunakan kesemuanya for the kuah..percaya tak the kuahnya tu habis hingga ketitisannya..hehe..To me, kuah laksa sarawak ni ada seakan2 mee siam kuah yang bersantan yang pernah kita buat dulu,...eh betul ke ni?..sebab kita tak pernah lagi  rasa laksa sarawak yang asli tu ...cuma yang ini ada letak ayam for the garnishingnya ...
Terimakasihlah pada Dayang kerana berkongsi recipe pes yang boleh digantikan dari yang originalnya tu..Minta izin dipanjang2kan disini pula..manalah tahu orang2 Singapura or siapa2 yang susah nak dapatkan pes yang original tu bolehlah cuba buat juga kan..

Resepi Laksa Sarawak
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering* +4 biji cili padi
  • 1 inci lengkuas*-(Ayu gunakan 2 sehiris nipis sahaja)
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*-(Ayu gunakan 2 batang aje)
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan bahan-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : anggaran 6 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. (Boleh tambah air jika perlu).
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. 
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Cara-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Ayam Goreng Ala KFC

Ok, recipe ayam goreng ni kita dah nampak lama dah dari dapur lama Ijan, tapi bila knur cuba recipe ni tahun lalu kita memang dah aim masuk list ..tapi masih belum ada kesempatan lagi untuk mencuba..until december yang lalu kita cubalah buat, uish bukan main sedap, then bila agak2 nak goreng ayam, kita buat lagi dan lagi dan lagi......

Vesi yang  kita  buat ni kita letak lebih sikit serbuk cili dalam tepungnya dan cili kisar dalam bahan perapannya ..waduhh memang sedappppp sangat ayam ni sedap giloss....boleh dikatakan sebiji sebijon macam ayam ala KFC, the hot & spicy version....mula2 tu memang kita buat gunakan cili serbuk dalam bahan perapannya..tapi lama2 kita rasa boleh tambah cili kisar sebab nak rasa pedas lebih sikit..maklum ler tekak & lidah kita ni kan kebal pat pedas2 ni...hehehe...sekarang kita ada traine si Marsya ..supaya dia boleh makan lauk yang pedas2 sikit..kalau ada lauk ayam yang pedas tu kita akan ambil kuahnya sedikit aje kasi dia rasa ..kita nak traine dia supaya makan lauk yang bercili sikit jadi senang bila dah besar mama tak payah nak kena masak lauk banyak2..masak satu lauk sudah..hahaha..tapi jagalah minum air aje bergelas2, after every suapan ..hahaha..tak apa  pelan2 ya girl...thats what I did to my boys..alhamdullilah sekarang dia orang dah ok dah ..

Recipe ni juga kita  pernah nampak didapur Madiha & Zaliedana the same thing juga mereka pun puji recipe ayam ni..memang berbaloilah kira..dan bak kata Kak Nur..boleh simpan dalam peti besilah..hehe..Terimakasih pada semua yang telah berkongsi recipe ni ya..terutama pada Ijan & Kak Nur..giliran kita pula nak memanjang2kan recipe ni disini pula....


Resipi Ayam Goreng Tepung
Resepi: Ijan Blogresepi
Sumber:Nuridah Salleh ,
Pernah mencuba :- Madiha & Zaliedana
Ayu@curlybabesatisfaction


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam - (Ayu gunakan 1 ekor ayam )
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-(Ayu gunakan  2 sudu besar cili kisar)
1 sudu kecil lada hitam
sedikit halia kisar-(Ayu tambah)
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa


 Bahan untuk tepung 
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe)
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili-((Ayu gunakn 2 sudu besar serbuk cili)
1 sudu kecil lada hitam
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa
Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam
Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas
Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.