Friday, September 30, 2011

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang

 Lepas2 raya ni..mee selalu menjadi menu kat rumah kita..malas nak masak pun ya..haha..buat mee siapa nak makan baru masak..basically kalau masak mee, tak adalah balance2 lauk tukan..so dapur pun clear aje..udang or sayur yang tak habis tu boleh masuk fridge balik dan can use for next dish..
Kalau masak mee, pasti laku punya..tapi kena standby nasi sikit sebab my dad mesti cari nasi..hehe kalau tak ada lauk kan dia boleh letak nasi tu dalam mee!! kuah mee tu jadi lauk dialah..memang peminat tegar nasi betul kan..haha..my mum selalu ngomel, biasalah old couple nikan..asik nak argue aje...kadang2 cucu2 tukang ketawa melihat keletah atok nenek dia orang..hehe..

Ok back to food..mee udang ni pada kita sangat senang nak prepare dan sangat sedap ditekak..ada ala2 mee bandung pun ada..kita pernah  terbaca di salah satu blog teman, tidak lama dulu kalau tak silap, Deeja, & sekeluarga pernah pergi ke satu tempat ni diKuala Sepetang (Perak) untuk makan mee udangnya disana, katanya tempat tu memang famous dengan mee udangnya..terkecur pulak kita tengok gambar yang diambil pada waktu tu..nak cari balik tak jumpa pulak...so here is the recipe yang kita cuba walau tak sampai lagi ke Kuala Sepetang tapi kita dah dapat rasa mee udangnya disini..Terimakasih puan punya recipe for sharing ..sedapp.!


Mee Udang Banjir Kuala Sepetang
Sources:- From misha66@myresipi.com
Bahan2 untuk seorang makan
  • Mee kuning(agak2 utk seorgnye mkn)
  • Udang bersaiz XL 6 ekr(d buang tanduknye,janggutnye n muncungnye shj)-(Ayu gunakan udang sederhana besar aje dan buang kulit sebab senang anak2 nak makan)
  • Bwg putih 1 ulas~d tumbuk halus 
  • 2 biji bawang merah dihiris-(Ayu tambah)
  • Lada kisar 2sb
  • Sos tomato 4sb 
  • 1 biji telur -(Ayu tambah)
  • Garam
  • 1sb gula-(Ayu gunakan 1 sudu kecil aje)
  • Sedikit Ajinomoto
  • Sawi 1pokok,daun sup 1 pokok d ptg 1inci & 2sb bwg goreng
  • Sedikit kobis d ptg memanjang & air msk 2cawan
  • #UTK HIASAN# Daun sup & bwg goreng

Cara-cara

  1. Panaskn 2sb minyak kemudian tumiskn(bawang hiris) & bwg pth hingga naik bau.
  2. Masukkn lada kisar n d gaul rata.
  3. Masukkan air msk,sos tomato biarkn hingga mendidih.
  4. masukkan udang,daun sup n bwg goreng~ biarkn sampai udang msk.
  5. Angkat udang dahulu kemudian mskkn mee,sawi,kobis,garam,gula n ajinomoto utk tempoh 5min.
  6. Angkat mee td n blh lah d hias dgn meletakkan udang diatas mee kemudian di tabur dgn daun sup n bwg goreng. Selamat mencuba.

Gajus Goreng Pedas Daun Kari

Gajus Goreng Pedas Daun Kari recipe dari Diana ni adalah menu aka recipe terakhir untuk raya tahun ni.. kebetulan, memang ngam2 500g  gajus balance dari masak apalah dulu as time beli gajus ni nak gunakannya sikit tapi tak ada jual yang packet kecil so terpaksa kena beli yang packet besar ..mahal pulak tu kacang ni..pernah beli dulu terlupa nak masukkan dalam botol just ikat dengan getah ..sekejap aje dah ber'teman'..sayang betul..so this time kita letakkan dalam botol jadi still can be used..
Semasa kita menggoreng kacang ni, kita sebenarnya banyak berkhayal..maklum ler time puasa..hehe...otak kemana, mata kemana, bascially seluruh anggota semua tak liase with each other..goreng dah ler api terbesar so by the time kita realise ada yang dah terhangus sikit..then bila mengadunkan bahan2 kita tak gaul telur dengan gajusnya dulu kita terus lebur aje dalam mangkuk..itu yang nampak macam tak sekata aje salutan tepungnya tu..ada tak kena ada yang kena..huhu..tapi walau bagaimana pun, kalau teman2 nak buat pastikan jangan ikut macam kita ya....heheh ..Terimaksih Diana for sharing this recipe ya..akak minta izin diletakkan didapur akak ni untuk rujukan masa akan datang making sure tak berkhayal lagi..hehe..


Gajus Goreng Pedas Daun Kari
Sources:-From Diana@skyblue
Bhn²

500 gm gajus _ d cuci dan toskan

1 biji telur d pukul ringan

Minyak untuk menggoreng



Bhn² A ( D campurkan bersama )

1 cawan tepung beras

3 tangkai daun kari _ d cincang halus

2 tbsp serbuk cili ( boleh d tambah jika suka pedas )

3 tbsp gula

1 tsp garam atau secukup rasa



Cara²


  1. Gajus d gaul sebati bersama telur.. Kemudian masukkan bhn² A dan gaul sehingga bahan bersalut pada gajus.  
  2. Panaskan minyak yang banyak.. Goreng gajus sehingga masak kekuningan.
  3. Angkat dan toskan minyaknya.
  4. Siap...


The Versatile Blogger Award From Kjee



First nak ucapkan terimakasih buat Kjee for the thoughts by awarding me this..
As Kjee cakap she dont think she deserves this, 
ooo..lagilah kita ni who is just
a blogger masakan biasa2 aje..
but then I accepted this with my open heart...
Thanks Kak, really appreciate so much..

Updated, 
kita pun dapat award ni dari Amie , 
yang memberi tugasan yang sama, so I just updated kat sini ajelah ya Amie,
Terimakasih banyak2 for the thoughts untuk kita
kita hargai so much..thanks again dears..

As the syarat no 3 & 4 are  a bit berat...kita skip that ajelah ya..as for most of the blogger friends deserve this award too..so sudi2lah kiranya angkut ya..

There are rules to this award...
1. Thank and link back to the person who gave you the award.
2. Share seven things about yourself on the post.
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.

1. Thank and link back the person who gave you this award
    (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
    (Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
    (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)

4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
    (Hubungi semua yang menerima)
1 Siap!

2. a) Orang Melayu - darah Cina campur Melayu sebab ayah kita Melayu..hehe.
    b) Satu2nya anak perempuan dalam keluarga kita sebab kita dua beradik aje..hehe
    c) rajin memasak tapi tak suka menjahit
    d)suka makan makanan yang ada banyak cili padi..hehe
    e) takut nak talipon orang
    f)tak suka  argue
    g)lebih suka beli perkakas kuih dari beli baju..hehe

3. Waduh..Tak larat nak buat ni..sorry ya..
4.Dipersilakan siapa yang sudi ambil..

Monday, September 26, 2011

Orange Macan Roll

Banyak2 swissroll, recipe ni lah yang so far kita gulung dia tak pecah & kulitnya tak melekat ..heheh itu yang suka buat kek ni tambah lagi, keknya pun rasa sedap pada kita & anak2...dan bancuh & bakar kuih swiss roll actually senang, tapi bila part nak gulungnya tu ada sikit kering darah makcik..hehe...
pernah dulu  buat disini..yang tu pada kita dah perfectlah..tapi kali ni ada sikit terkehel kulitnya tu..tak berapa smooth ada macam kerepot sikit maklumlah macam puan tanah juga dah  kerepot..

For the filing tu boleh digunakan filing ikut sukalah ya..tapi pada kita filling coklat paling ngamlah..boleh gunakan nutella or any chocolate buttercream..

Orange Macan Rolls
Sources:-From Yochana's Cake Delight
Ingredients:-
120g melted butter-(120g mentega cair)
8 nos. egg yolks-(8 kuning telur)
4 nos. egg white-(4 putih telur)
80g fine sugar-(80g gula halus)
75g plain flour-(75g tepung gandum)
30g milk powder-(30g tepung susu)
1 tsp ovalette-(1 sudu kecil ovalette)
1/2 tsp chocolate emulco-(1/2 sudu kecil chocolate emulco)
1/2 tsp coffee oil (I added coffee emulco)-(1/2 sudu kecil minyak coffee- Ayu gunakan coffee emulco)
1/2 tsp orange emulco-(1/2 sudu teh orange emulco)
a drop of orange colouring(optional)- I added a few-(setitik pewarna oren- Ayu masukkan beberapa titik)
1/2 tsp baking powder(not in recipe but I added myself)-(Ayu tambah 1/2 sudu kecil serbuk penaik)



Method:-
Beat egg yolks, egg whites, sugar, flour, ovalette and milk powder together until thick and fluffy.
Pour in melted butter and mix till thoroughly mixed.
Scoop out 2 ladle spoonful of batter into a bowl. Add in chocolate paste and coffee oil and stir till well mixed. Place into a piping bag. Add in orange emulco and orange colouring into the balance batter and divide into 2 portions. Pour into 2 nos. 10" x10" square trays.
Pipe patterns onto the orange batter, write the letter 'C' on top. Bake at 190C for about 12 minutes. (My oven I used 175C for 12 minutes.) Leave to cool. Spread butter cream(I used chocolate butter cream) or jam on top and roll tightly. Leave it in the fridge to set and then slice.-( Pukul telur kuning, putih, gula halus, tepung, ovalette & tepung susu hingga pekat & gebu. Tuang mentega cair dan gaulkan hingga rata. Ceduk 2 senduk adunan kedalam bekas yang lain.Masukkan chooclate paste & minyak coffee gaul hingga sebati. Masukkan kedalm piping bag. Masukkan orange emulco, pewarna oren kedalam adunan  lagi satu dan bagikan kepada 2 bahagian. Tuankan kedalam loyang 10" x10" loyang leper. Pipekan adunan chocolate ketasa adunan oren tadi, dan lukiskan bentuk 'C' diatas. Bakar selama 12 minit at 190c(Oven kita 175c untuk 12minit). Biarkan sejuk sebentar. Sapukan cream-(Ayu gunakan chocolate buttercream) atau boleh juga gunakan jem keatas kek dan gulung hingga padat. 
(Lepas keluarkan dari oven, Ayu biarkan sejuk dalam 2 minit aje cepat2 sapukan cream dan cepat2 gulung)....Masukkan kedalm petias untuk set kan dia dan lepas tu bolehlah potong.)

Updated 28/9/2011
Chocolate Butter Cream Kak Intan
Sources:-From  My Sister In Law- Kak Intan
Ingrdients:-
500g butter
350g icing sugar (sifted)
5 tbsp cocoa powder(sifted)
5 tbsp milk powder
2 tbsp ready to use chocolate cream( can use  milk chocolate double boiled it first)

Method:-
Beat butter & sugar at high speed for 4-5 minutes or till creamy & fluffy, add cocoa powder, milk powder & chocolate cream(melted chocolate). Beat till incorporated and ready to use., for fillings.


Dulce De Leche Marble Cake

Ini adalah salah satu kek yang kita buat lepas raya tapi sebelum open house hari tu..Ada 2 tin Dulce De Leche ni dari yang kemarin yang duduk dalam petiais..so kita pun cubalah buat kek ni dan gunakan 1 tin aje.. pada kita kek ni ada sedikit mampat & kering..mungkin teknik kita yang tak betul tak tahulahkan walhal kita dah pukul sampai betul2 kembang or mungkin DDL kita tu ...sebab diletak dalam petiais, jadi dia dah slightly pekat & slightly kering dan sebelum  it was at room temperature  kita dah masukkankan dalam adunan....tapi pernah dulu kita cuba buat kek yang telurnya dimasukkan last, end up the cake pun macam mampat juga (tak masuk blog sebab kek tu tak jadi..hehe)eh tapi another cake yang kita gunakan teknik ni  begini for Dulce De Leche Pound Cake & Condense Milk Pound Cake ok pulak, ..ermm entah la ya apa sebabnya ...haishh..maybe next time, kita nak masukkan telur sebelum masukkan tepung nak tengok macam mana..Apa2 pun terimakasih Kak fida for sharing this recipe, bolehlah juga kita perhabiskan DDL kita  tukan..for those yang nak cuba buat DDL menggunakan cara Kak fida tu bolehlah tengok dibawah atau klik ke nama kak fida tu ya..

Dulce De Leche Marble Cake
Sources:-From Kakfida@myresipi.com
Bahan(loyang 9')
  • 1 cawan mentega/majerin (akak guna 1 buku mentega)
  • 1/3 cawan padat gula perang-(Lain kali nak gunakan 1/4 cawan aje)
  • 1 cawan dulce de leche
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 1/2 sk baking powder* (*ayak bersama)
  • 4 biji telur besar - dipukul ringan
  • 100 g coklat masakan - cair

Cara-cara

  1. Pukul mentega/majerin dengan gula hingga kembang lalu masukkan esen vanilla dan terus pukul.
  2. Tuang dulce de leche sambil adunan dipukul terus hingga rata.
  3. Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 dan akhir sekali masukkan telur sambil dipukul lagi hingga sebati.
  4. Adunan dibahagi dua dan bubuh coklat cair pd 1 bahagian adunan.
  5. Marblekan adunan di dalam loyang yang digris dan dialas dasarnya.
  6. Bakar pd suhu 170C selama 45 min - 1 jam atau hingga masak.
  7. Cara DULCE DE LECHE yang dibakar dlm oven :-
  8. Tuang susu manis ke dalam mangkuk tahan panas dan alas dengan loyang yang lebih besar.
  9. Tutup mangkuk yang berisi susu dengan aluminium foil rapat2. Bakar cara water bath selama 1 1/2 - 2 jam dengan menuang air panas ke dalam loyang yang besar tadi hingga paras 1/2 mangkuk berisi susu.
  10. Pastikan air panas ditambah lagi sekiranya hampir kering.
  11. Kacau dulce de leche hingga rata dan sejukkan.