Friday, November 04, 2011

Rendang Pucuk Ubi

My mum terperanjat bila kita cakap nak buat rendang pucuk ubi..heheh..ah pucuk ubi boleh buat rendang juga ke?(maklum ler my mum & me only 16 years difference ya)..eh boleh mak..pisang muda tu pun kita pernah nampak recipenya...So bila nampak recipe ni kat dapur kak Anim kita terus aje print dan masuk list...


Sedap juga rendang pucuk ubi..makan gitu2 dengan nasi panas ..lemak2 pucuk ubi & lemak2 santan serta masin2 ikan bilis memang unik lah kira..tapikan kak anim, kita punya macam tak cukup garing lah..heheh sebab  kita tak sempat nak tunggu lama lagi sikit kita dah matikan api..heheh tapi rasa tetap sedap..Thank you ya kak for sharing recipe yang lain dari yang lain ni ya..Minta izin dipanjangkan disini pula ..Siapa2 yang suka pucuk ubi boleh cuba recipe ni..

Rendang Pucuk Ubi
Sources:-From anymz @mykitchen
Bahan-bahan
2 ikat pucuk ubi-ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
santan dari 3 biji kelapa atau
santan segar rm 4-akak guna 1/2 kg santan.-(Ayu gunakan 2 santan kotak kecil 200ml each)
*5 ulas bawang kecil dihiris
*1 senduk cili api yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup-(Ayu gunakan 1 genggam cili padi-dikisar)
2 batang serai ditik
Segenggam besar ikan bilis
Garam secukup rasa +sedikit serbuk perasa-(Ayu tambah)
2 keping asam gelugur

Cara2
sediakan kuali.
masukan santan,serai,garam,ikan bilis,bawang,asam keping,garam dan cili api yang telah di kisar.Kacau sentiasa supaya tidak melekat dgn api yang sederhana.Bila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering baru masukkan pucuk ubi dan kecilkan api.kacau hingga pucuk ubi garing. Bila nak masukkan pucuk ubi boleh lihat di SINI.

Sambal Gesek

Menu yang boleh dibuat sarapan pagi, minum petang makan tengahari or even supper..tapi kita buat ni untuk berbuka puasa heheh, .yes ini menu dibulan ramadan.. boleh dimakan dengan nasi tapi kita makan dengan ubi rebus.... sambal gesek yang berdesing ..berdesing sebab kita tambah lagi cili padi kat bawah tu..hehe...lepas tu menangis tak berlagu....cuma yang dengar bersiul aje ler..hahaha..terimakasih puan punya recipe for sharing minta izin diletakkan disini pula ya..

Sambal Gesek
Sources:-From resepi4u
Bahan-bahan:
Segenggam Ikan bilis
15 biji cili api - lebihkan jika suka pedas
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji limau kasturi
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menggoreng


Cara Penyediaan:
Panaskan sedikit minyak, goreng ikan bilis hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
Masukkan cili api, bawang merah, bawng putih dan garam ke dalam lesung batu. Tumbuk hingga hancur. Kemudian masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi hingga ikan bilis separa hancur. Perahkan limau kasturi dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan dengan nasi panas.

Thursday, November 03, 2011

Puteri Salat Melayang


Assalam teman2...kita disini!!!..lamanyaaa.... kita rasa ..huhu apa nak buat tanggungjawap yang lebih utama harus dijalankan  iaitu menjadi Tarzan untuk beberapa minggu yang lalu..hehehe...ni si Iqram dah selamat menduduki peperiksaannya tinggal si Hasif dengan 2 paper lagi barulah selesai ...Hasif dah boleh belajar sendiri so tak kisahlah kan..nak ajar dia pun semua dah kasi cikgu balik...so memang confirm lah tak boleh ajar punya..even si Iqram, bila part Maths aje mulalah kepala kita pening..dia tengok muka kita ...kita tengok buku baca questionsnya berbalik2 tapi no solutions..last2 suruh si Hasif ajar..huhu..kesian kita tengok kadang2 mana dia nak belajar untuk dirinya sendiri mana nak kena ajar adiknya...ishhh..memanglah kita tak boleh ajar Maths..pernah kita ajar tapi ikut steps kita dulu2 sekarang mana sama..dengan model drawingsnya ..aduhhh..stress ler...

Oklah kita tinggalkan hal peperiksan tu lah...time untuk maknya relak2 dengan berblogging!!!...hahaha...adalah difahamkan menu2 dibulan Ramadan masih banyak tertunda..especially kuih2 untuk berbuka puasa dan lauk2 sahur yang masih didalam folder yang tengah tunggu queue... salah satunya adalah kuih puteri salat melayang ni ler....oh tidak..bila kita buat semua periuk belanga are intact tak ada yang melayang lah ya..cuma yang melayang puan tanah aje..sebab kita buat kuih ni 2 kali dalam seminggu sebab tak puas hati dengan the first outcomenya tu (Sebab lepas habis dikukus kita pergi bakar menggunakan api atas & bawah,(memang bloody bongoklah kita ni).. jadi lepas tu melekatlah kuih ni diloyang then tak dapatlah kuih yang cantik. so tak puas hati kita buat lagi tapi this time gunakan api atas aje)...recipe sebenar ada lain sikit dari yang ini..since kita suka sangat recipe Serimuka Pandan yang pernah kita buat satu masa dulu..kita gunakan lagi that recipe tapi stepsnya kita gunakan recipe asal Puteri Salat Melayang ni..bolehlah kan..kita buat dia..hehe..


Puteri Salat Melayang
Sources:-From Hazizah Gani@resipi ceria keluarga & Chef Asma
Bahan2 Lapisan Bawah:-Ayu gunakan loyang 8"
250g beras pulut
150ml santan pekat
150ml air
2 tsp garam halus
pewarna ungu 
sedikit daun pandan

Cara2nya:-
Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
Basuh bersih & toskan
Pulut, air & santan digaul rata bersama daun pandan. Kemudian ambil segenggam pulut, warnakan ungu dan letakkan ditepi loyang lalu dikukus bersama pulut selebihnya. Setelah masak angkat dan gaul hingga rata, tekan dan mampatkan didalam loyang.

Bahan2 Lapisan Atas:-
Bahan A
125g gula castor
50g tepung kastard
200ml santan pekat
200ml air

Bahan B
2 biji telur
1/4 tsp garam halus
1/8 tsp essence vanilla -(Ayu tambah )
pewarna kuning- secukupnya

Cara2nya:-
Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.(Ayu blender aje semua) Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje (Ayu masak dalam 2-3 minit saja).
Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit. atau sehingga masak. Diangkat dan bakar didalam oven menggunakan api atas saje, hingga agak2 kecoklatan(Jangan lama sangat nanti melekat diloyang, macam kita punya lah..hehe) .


Asam Pedas Ayam II - Resipi Kak Anim

Kita masak lauk ni lepas ternampak Mas masak hari tu..instead gunakan ikan kita gunakan ayam ...actually kita dah gunakan recipe ni dah 2 kali dah..pertama gunakan ayam then second time gunakan ikan pari..tapi yang ikan pari tu kita terlupa nak ambil gambar sebab ingatkan  lepas masak habis baru nak shootlah tapi lepas tu terus terlupa sampai lah lauknya dah surut kuahnya..heheh tak apalah lain kali boleh..sebab asam pedas ni kat rumah kita at least kena masak dalam 1-2 kali seminggu..so no hal lah kan..Recipe asam pedas yang sedap & kaw2 ni adalah dari Kak Anim yang duduk di Nogori 9..memang terasa keasam pedasannya..hehe..sini cakap tak boleh angsss lah..sedappp tau!!..Minta izin dipanjangkan2 kat sini pula ya kak for the recipe untuk rujukan akan datang....


Asam Pedas Ayam
Resepi : Kak Anim
Sources:-From Mas@Duniaku
Bahan :
  • 1 ekor ikan talapia hitam.kalau guna ikan tenggiri ambil 1/2 ekor/1/2 ikan jenahak/ikan merah -(Ayu gantikan dengan ayam 1 ekor)
  • 20 tangkai cili kering - didihkan sebentar angkat dan toskan - dikisar
  • 1 labu kecil bawang besar - dikisar
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • sedikit halia - dikisar
  • sedikit kunyit hidup - dikisar
  • 1 kuntum bunga kantan - dikisar-(Ayu tak ada stok ni)
  • 2 batang serai - dikisar
  • sedikit daun kesum - di kisar-(Ayu lebihkan ini)
  • air asam jawa secukupnya
  • 1 kiub ikan bilis (Ayu gantikan dgn sedikit belacan)
  • garam secukup rasa
  • beberapa batang bendi
  • tomato - dibelah 4
  • sedikit serbuk kunyit 
  • sedikit serbuk lada hitam
Cara memasak :
  1. Ikan(Ayam) di bersihkan dan dilumur garam dan sedikit serbuk kunyit.Ketepikan
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga terbit minyak @ pecah minyak.
  3. Pastikan cili betul2 masak masukkan sedikit air asam jawa, kacau sedikit.
  4. Masukkan ikan dan didihkan sebentar, kemudian masukan garam dan kiub ikan bilis.
  5. Masukkan lebihan air asam jawa dan biarkan mendidih lagi. Kemudian baru masukkan  bendi ,tomato @ terung jika suka.
  6. Kecilkan api dan didihkan hingga masak.Tabur sedikit serbuk lada hitam, biarkan seketika dan boleh tutup api dan sedia untuk di hidang.

Kuetiaw Haufan & Resepi Kicap Campur

Rasa2nya ramai yang dah cuba buat recipe haufan Mas ni..and mostly kata sedap and yes sedap juga pada tekak kita ni...memang senang bila dah campurkan kicap2 untuk buat haufan ..tinggal cedok aje berapa banyak yang nak  digunakan...as for me kita buat untuk sorang2 makan nak makan baru masak so kita tumis dulu bawang putih sikit dan diikuti dengan bahan2 yang lain..tak dibuat sekali harung macam recipe dibawah ni, sebab ada yang nak makan dulu ada yang nak makan kemudian ...Apa2pun terimakasih banyak2 kepada Mas sebab berkongsi recipe maknya yang dibuat business dengan menggunakan recipe kicap campur kat bawah tu..as usual juga kita ketuk beberapa  cili padi dan campakkan kedalam haufan kita ni...slurpss..Minta izin akak letakkan recipe keluarga Mas ni disini pula ya..semuga bertambah2lah rezeki insyaallah..


Kuetiaw Haufan 

Resepi : MasDuniaku
Bahan A :


  • 500gm kuetiaw 
  • 3 sudu besar kicap campur 
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 3 biji bawang putih diketuk-(Ayu tambah)

Bahan B :

  • 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh 
  • 1 pokok sawi - basuh dan potong2
  • 12 ekor udang 
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • 3 sudu besar kicap campur
  • 2 biji telur
  • sedikit lada sulah
  • sedikit bawang putih kisar


Cara memasak :

  1. Panaskan minyak,(Ayu tumis bawang putih dulu) masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan. 
  2. Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah,  kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
  3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

Kicap Campur
Resepi : MasDuniaku
(Ayu buat 1/2 adunan dibawah ni..)
Bahan  :
  • 1 cawan kicap pekat
  • 1 cawan kicap cair
  • 1 cawan sos ikan-(Ayu gunakan 1/4 aje)
  • 1cawan sos tiram
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan garam-(Ayu gunakan 1/8 aje)
  • 1/2 cawan ajinamoto-(Ayu gunakan 1/8 aje)
Cara membuatnya :
  • Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.  
  • Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....
 
Untuk seorang makan Ayu buat:-
segenggam kuetiaw yang telah digoreng tadi  diletak diatas pinggan
1 sudu besar kicap campur
1 cawan air
1/4 cube ayam (1 cube ayam dibelah 4)
1-2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit bawang putih kisar-(Ayu tumis dulu baru diikuti dengan bahan2 yang lain)
sedikit sayur sawi
cili padi
sebiji telur
udang
sotong
isi ayam
fish cake