
Another menu
dibulan puasa..jangan mare ahhh..ok nak cepat2 masukkan entry sebab
banyak kerja nak buat..Hasif dah start relaxing at home sebab exams dah
habis(mulalah asik cari makan aje kat dapur..heheh)..Marsya pun kinder
dah start cuti
dari
semalam, Iqram esok last day lepas tu kemayuran ler..kat rumah....
habislah computer ni jadi rebutan... adengan wrestling, adengan air mata
semuanya mesti ada ...sebab nak cop computer ni..mak budak kalau nak
gunakan kena kasi 1 day advance notice..tak peduli whatever they want to
play games ke , buka facebook ke, twitter ke.. kena kasi laluan mak
update blog of course bila masa ada terluanglah..hehe..
Ok..ok...Mee Hoon Goreng Beryani,
ni kita ikut bahan2 aje ...cara2nya ada yang kita olah sendiri dengan
masukkan mee hoon tu dan goreng macam biasa..jadilah jugakan, mee hoon
yang berperisa beryani....sebab kalau nak buat macam the original
recipe macam leceh pulak kita rasa lagi2 nak cepat makan time berbuka
puasa..heheh..
Mee Hoon Goreng Beryani
adapted from
Mee Hoon Beryani Udang
Sources:-From Noraini Razali
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
Bahan2:
1 bungkus mee hoon-(direbus3/4 masak dan toskan)-(Ayu just rendam macam biasa sebab nak goreng aje)
1/2 kg udang hidup(dicuci bersih dan tos)
5 sudu besar rempah beryani daging-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
3 helai daun pandan
4 sudu besar susu cair-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
4 sudu besar tomato puree-(Ayu gunakan 3 sudu besar)
6 biji tomato-(dipotng dadu)-(Ayu gunakan 2 biji aje)
7 cm kayu manis-(Ayu gunakan 2cm aje)
6 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 3 biji aje)
1 cawan bawang goreng-(Ayu agak2 aje)
hirisan pudina-(Ayu tak letak)
1 cawan minyak
garam & gula secukup rasa
serbuk perasa jika perlu
Bahan2 Kisar:-
6 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 cm halia-(Ayu gunakan 1cm aje)
6 biji lada hijau-(Ayu gunakan 10 biji cili padi)
secekak daun pudina-(Ayu tak letak)
Cara:-
Gunakan
kuali. Tumis kayu manis, daun pandan dan buah pelaga hingga wangi.
Selepas itu masukkan bahan2 kisar, rempah beryani dan kacau rata, hingga
matang.
Masukkan
susu cair dan kacau rata. Masukkan udang, tomato puree dan tomato biji
serta garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Alihkan.
(Ayu
tak alihkan macam cara ini, Ayu terus masukkan mee yang separuh
diwarnakan dengan pewarna kuning dan separuh warna putih(actually kalau tak nak warnakan pun ok juga) dan gaulkan aje
dengan bahan2 yang ditumis diatas dan goreng mee macam biasa.)
Setengah bahagian meehoon diwarnakan kuning- gunakan koma2 atau pewarna kuning. Setengah dibiarkan putih.
Panaskan
periuk atas api yang kecil. Dasar periuk disapu sedikit minyak makan.
tuang mee berwana kuning, kemudian lapiskan setengah bahagian lauk
beryani udang. Ratakan. Timbus dengan meehoon putih dan ratakan.
Tuankan
diatasnya lebihan lauk beryani udang. Tabur bawang goreng dan hirisan
pudina. Biarkan atas api kira2 5-10 minit, untuk membolehkan rempahnya
meresap dan mee menjadi lembut dan masak.