Assalam, menu Pilaf Tomato ni kita masak lama sebelum kita pergi bercuti lagi...so hari ni nak masukkanlah..sebab rasa2nya mesti dah jemu tengok gambar holidays kita tu kan..hehe..apa tak sekali masuk satu pageview gitu..kita pun naik malu juga ni..haha..ok2. meh semak recipenya..Pilaf Tomato, pada kita tak sama rasanya macam Nasi Tomato, sebab nasi tomato ada rasa masam2 gitu, this pilaf pada kita, rasanya milderlah..Sedap ditekak my family & me..
Pilaf Tomato
Sources:-From Mumtaj Begum Omar
@Asmah Laili Mintak Ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan:-
1kg beras basmath, cuci bersih rendam selama 10-15 minit dan tos airnya
air mengikut paras beras dan lebihkan 1 cawan lagi
5cm kayu manis
5 biji buah pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
2 helai daun bay-(Ayu gunakan 1 helai aje)
1 biji bawang besar dihirs halus
1 sudu makan pes halia dan pes bawang putih
2 biji lada merah, dibelah jangan putus
3 sudu makan pes tomato
1/2 cawan daun pudina
1/4 cawan susu sejat-(sorry just edited)
garam secukupnya + secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
secukup minyak atau ghee untuk menumis
sedikit kacang gajus goreng
Cara:-
Tuang kedalam periuk nasi letrik, air, susu sejat dan garam. Ketepikan
Panaskan sedikit minyak atau ghee didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan daun bay sehingga meletup-letup dan wangi. Masukkan hirisan bawang dan lada merah. Tumis lagi sehingga bawang lembut dan wangi. Masukkan pes halia/bawang utih dan tumis selama 5 minit lagi, sehingga keharumannya dapat dihidu. Barulah dimasukkan pes tomato dan daun pudina.Biarkan sehingga keluar minyak.Matikan api.
Tuangkan semua rempah yang panas, kedalam periuk nasi letrik. Kacau sekali sahaja. Tutup periuk dan biarkan sehinga mendidih. Seterusnya buka tutup periuk, tuang semua bras yang telah dicuci dan toskan. Kacau sekali sahaja, tabur diatasnya kacang gajus goreng, gemburkan nasi dengan garpu sehingga kembang dan bergaul rata dengan gajus. Tutup periuk nasi.
**********************
Pilaf tomato kat atas tu kita gandingkan dengan lauk Ayam Sosha Istimewa ni.
Oklah, since Pilaf Tomato tu tak berapa masam, lauk ni pula ada sedikit masam2 manisnya, so memang gandingan yang mantapslah..hehe..Also diambil dari buku yang sama, banyak recipe2 nasi yang nampak sedap terdapat didalamnya...There's a few recipe yang dah masuk list tapi nantilah slow & steady nak cuba satu2...So sudi2lah ya teman2 kalau nak rasa sedikit kelainan bolehlah mencuba recipe Pilaf Tomato & Ayam Sosha Istimewa ni ya..
Ayam Sosha Istimewa
Sources:-From Hjh Fatimah Hj Ahmad
@Asmah Laili mintak ampun sedapnya
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
1 ekor ayam, buang kulit dan segala lemak dan potong 12
(lumur kepingan ayam dengan sedikit kunyit dan garam, goreng lembab 1/2 masak)
5cm kayu manis,
5 biji pelaga-(Ayu gunakan 4 biji aje)
3 kuntum bunga cengkih
3 sudu makan lada kering
*2.5cm halia
*5 biji bawang putih
*10 biji bawang merah
(*dikisar halus)
1/2 sudu teh kunyit serbuk
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan tomato sos
1/2 cawan hirisan dau pudina-(Ayu tak ada stok)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
sedikit madu atau gula pasir
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil dijadikan bawang goreng-(Ayu gunakan yang dah siap)
1/2 cawan kismis, digoreng dan diketepikan
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
sedkit kacang peas untuk tabur
sedikit minyak untuk menumis
garam + perasa secukupnya
Cara:-
Panaskan sedikit minyak didalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. Masukkan lad kisar dan tumis lagi hingga cantik. Masukkan bahan kisar dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata. Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik- balikkan. Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan. Tuangkan sedikit air. Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam. Renihkan dengan api kecil, sehingga pekat.
Jika terlalu pekat, tuang sedikit air. Masukkan kismis goreng, gaul rata. Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng. Gaul supaya ayam dan rempah sebati. Renihkan lagi sehingga ayam empuk dan lembut dan rempah meresap. Akhir sekali masukkan gajus goreng. Gaul sampai rata.
Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas. Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani. Sebaiknya- baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokkan hari.(Ayu masak hari ini, hari ini juga makan..heheh)