Friday, July 17, 2009

Bubur Pulut Hitam



Our desserts for today....plus hot tea 'o' little sugar..ermm, biji mata terbeliak sekejap..hehehe..
I also cant figure out the pattern for the coconut milk that I made ...

Bubur Pulut Hitam
Sources:-From sitiazma@myresipi.com
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction
Bahan2 (sekelurga) -(Ayu buat 1/2 adunan aje)
  • 300 gm Pulut Hitam
  • 1 keping gula melaka (ikut saiz-ikut suka)
  • 1 tin santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan (kalau ada)
  • segenggam sagu (kalau suka)
  • susu segar
  • sedikit garam (hujung sudu kecil)

Cara-cara

  1. Rendam pulut hitam semalaman
  2. Bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. Masukkan dalam periuk, masukkan air lebihkan 2-3 inchi dari pulut. Masak hingga rasa masak.
  4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
  5. Masukkan gula melaka dan gula mengikut suka manis masing-masing.
  6. Masak sagu dalam microwave 2 minit, tambahkan ke dalam periuk. (atau mungkin boleh terus masuk dalam periuk?)
  7. Akhir sekali, masuKkan santan 1 tin. Sentiasa kacau sehingga mendidih dan likat.
  8. Siap. Bila makan, sila tambah susu segar sedikit. Kalau terlebih pekat, anda boleh tambah susu segar semasa makan.

1 comment:

Watierman said...

Wah cepatnya..baru akak type comment...untuk laksa..dah timbul bubur lak dah...patut senyap jer!..ke akak type lambat???..nak jugak...apa2 yg warna gelap akak suka..patut la kan..akak tak cerah2...by the way akak dah buat kuih lapis kacang yg semalam tu!