Tuesday, August 25, 2009

Ayam Goreng Berempah Serai

This was for 'sahur' ...to go with it was the oyster mushroom soup, sahur normally will cook simple dish..

Ayam Goreng Berempah Serai
Sources:-From Love2cook@myr
 Bahan-bahan ( Sekeluarga )
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong sederhana)
  • Bahan2 dikisar bersama:-
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 3 batang serai (yang besar)
  • ---------------------------------------
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1/2 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng

Cara-cara

  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Boleh dimakan begitu sahaja!
  5. Selamat mencuba! ;)

This oyster mushroom soup is the same recipe here, but I just added soft tofu to it so that my kids can have them as they dont eat the mushrooms 

Sup Cendawan daun Kunyit
 Sources:-From shyeye@myr.com
Bahan-bahan ( 3 orang )
  • 200g Cendawan Tiram
  • *1 Labu Bawang Besar
  • *1 Ulas Bawang Putih
  • *1 Biji Lada Merah
  • 1 helai Daun Kunyit
  • 10 Ekor Ikan Bilis - Di belah 2-(Ayu gunakan cube ikan bilis aje)
  • 700ml Air
  • Minyak Masak untuk menumis
  • Garam - secukup rasa

Cara-cara

  1. Belah cendawan ikut suka hendak kecil2 boleh besar2 pun boleh,cuci & toskan airnya. Bahan * dimayang.
  2. Panaskan minyak dalam periuk kemudian tumis ikan bilis,bahan * & daun kunyit. Setelah naik bau, masukkan air.
  3. Biarkan air mendidih dahulu baru masukkan cendawan dan garam secukup rasa. Dalam 2min matikan api.

No comments: