Friday, December 16, 2011

Bunga Kucai Berdaging Ala Thai

Assalam teman2..hari ni nak masukkan lauk daging yang dimasak beberapa hari yang lalu..uish..lauk beberapa hari yang lalu dah masuk lauk bulan2 yang lepas or tahun lepas belum lagi..hehe..bukan apa..kita masukkan entry pun tengok mood dan tengok keadan..macam test the marketlah gitu..haha..macam orang meniaga..hari ni kita nak jual lauk ni hari esok lauk yang lain pula..ahh..begitulah..ceh..ceh...ceh..

Oklah tanpa membuang waktu..marilah tengok recipe lauk daging yang sangat sedap pada kita dan family..semua suka lauk ni..tapi yang paling suka anak bujang kita Hasif..dah makan dengan nasi, ambil lagi buat ratah2 aje..nasib baik masak lebih..dia ni memanglah ikut ayahnya..suka daging!!..hehe..Daging ini ada rasa2 macam Daging Goreng Ala Kaprau yang pernah kita masak dulu, cuma yang tu gunakan daun selasih tapi yang ini ada letak daun bunga kucai, dan ada letak tauhu, sedapp sangat pada kita..oh ya..daun bunga kucai ni..inilah kali pertama kita gunakan..kalau selalu daun kucai tu aje..sebenarnya nampak lauk nilah yang bila pergi beli groceries terus ambil satu ikat..sebab ingin mencuba apa rasanya..ternyata sedapp..Recipe macam biasa  tak lain tak bukan dari CMG yang pandai masak..Terimakasih & minta izin dipanjangkan disini pula ya Che Mat..

Bunga Kucai Berdaging Ala Thai
Sources:-From CMG@Tiffinbiru
Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ikat bunga kuchai (boleh tengok disini)
300 gram daging batang pinang
1 keping tauhu, didadu dan goreng, toskan
1 inci halia muda, hiris nipis
3 ulas bawang putih, diketuk
1 biji bawang besar, hiris
8 biji cili padi, dititik
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar pes tomyam-(Ayu gunakan 1 cube tomyam)
Sedikit gula
Sedikit air
Sedikit sos ikan jika perlu (mat tak letak)-(Ayu pun tak letak)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Bunga kuchai, dicuci dan toskan hingga kering. Kemudian kerat pendek kurang lebih 1 1/2 inci. Daging batang pinang dihiris nipis, cuci dan tos. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga harum, masukkan sos tiram dan pes tomyam, kacau rata dan masukkan daging, kacau dan biar daging kecut sedikit. Tuang sedikit air.
  3. Masukkan tauhu dan gaul rata. Tambah hirisan bawang besar, bunga kuchai dan sedikit gula, kacau rata dan masak sekejap hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit sos ikan. Matikan api dan hidangkan panas bersama nasi hangat.

Monday, December 12, 2011

Talam Roti Lapis Coklat


During those days yang anak2 cop computer.. kita  membizikan diri buat ni..dapatlah Mr Hubby bawa to office for breakfast..instead of masuk dalam acuan kuih lompang kita masukkan dalam acuan kat bawah tu..dan main lapis2 macam buat kuih lapis..dari hari pertama nampak recipe ni kat dapur Kak Wan memang teruja nak cuba, then trenampak pula kat dapur Yatie,  .. lagilah teruja..kebetulan ada roti extra yang dah berhari2 tak terusik so kita buatlah kuih talam roti lapis coklat ni..boleh tahan sedap juga  rasa macam kuih kaswi pun ada cuma yang ni tak letak kelapalah...Terimakasih buat Kak Wan for sharing..minta izin dipanjangkan didapur kita pula ya..

Talam Roti Lapis Coklat
Sources:-From Kak Wan@Resipi Citarasawan
Bahan-Bahan
4 keping roti sandwich - buang tepi, siat kecil + rendam dgn 100ml air
50gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
200ml santan KARA
100ml air
60gm tepung beras
20gm tepung sagu
1 sudu teh coklat emulco

Acuan Lompang (10-12 biji)


Cara-cara :
1.  Masukkan roti yang direndam ke dalam pengisar.  Ketepikan.
2.  Satukan air, santan, gula dan garam, masak hingga gula larut.  Biarkan suam.  Masukkan tepung beras dan tepung sagu, gaul rata.
3.  Tuang campuran tadi ke dalam pengisar dan kisar bersama roti yang di rendam hingga halus.
4.  Bahagikan kepada 2 bahagian, satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coklat emulco.
5.  Tuang warna asal, kukus selama 5 minit dalam pengukus yang di panaskan terlebih dahulu.
6.  Tanpa mengangkat dari pengukus, tuang adunan coklat ke atas lapisan bawah tadi.  Lap tutup pengukus dan kukus selama 10 - 15 minit dengan api sederhana hingga masak.

Mee Palembang

Assalam, apa khabar teman2 diluar sana?..Lama rasanya tak update dapur maya kita ni ya..ada yang rindu tak?..AApaaa? TAK ADA?..huhu..tak apalah...tapi kita rinduuuu kat teman2 semua tau..hehe...eh..eh.. apalah kita syok sendiri ajelah ya...biarlah tangan bertepuk sebeblah aje ni..wakakaka....

Actually kita baru balik dari hospital ni..brought my mum to see doctor on her 'grave's disease' (Thyroid)..In November she was asked to go for  'iodine radiotherapy' (minum sejenis air) sebab before that she was on oral medication (makan pill aje) for her thyroid..after 1 month, and blood test were done, doctor realised that my mum is losing weight,(makan macam biasa tapi tetap loose weight) and ontop of that her thyroid hormone is still very high(hyperthyroidism)..he adviced her to go for another dose of radioiodine ..next week, so she was told to avoid seafood 5 days before & 5 days after drinking that stuff.. basically this whole week, no ikan, udang, sotong ikan bilis or yang sewaktu dengannya for her...boleh makan daging & ayam aje, plus sayur2 & buahlah..

My mum was abit sad that she has to go through all that once again, dia cakap dengan doctor, "saya tak suka minum itu iodine'(maklum ler senior citizen)...but I told her, she has to go through this in order to treat her disease..I also asked the doctor what if its ok not to drink but he said it can cause other diesease like the heart(beating faster) & eyes(protuding of eyeballs)..sebab i just want to prepare myself bila balik rumah my mum will asked me alot of questions soalan2 yang hanya seorang doctor dapat jawap..huhu..

Anyway..I made this semalam, for brunch..sebelum keluar rumah gorenglah mee palembang ni..boleh tahan sedap juga kita rasa..jarang kita gunakan mee kuning lebar ni..rupanya sedap juga sekali2 ubah rasa..recipe ada daging sebab tu kita cuba..yalah kalau tak letak nanti ada orang sound..'tak ada daging eh!!!''..

Mee Palembang
Sources:-From Adidah Anang
Bahan:-
1kg mee kuning yang lebar
300g sawi
sedikit taugeh-(Ayu tambah)
150g daging cincang + sedikit daging hiris yang telah direbus-(Ayu tambah)
150g udang hidup dibuang kulitnya
150g sotong dihiris
8 biji bawang merah, dihiris
*2cm halia
*5 biji bawang merah
*1 sudu teh lada putih
(*bahan dikisar atau tumbuk)

4 sudu besar lada kisar
4 sudu besar tomato so
secukup air rebusan daging
1 kiub beef stok-(Ayu tambah)
secukup minyak
garam + perasa secukupnya
secukup lada jeruk
hirisan telur dadar/daun sup/daun bawang
bawang goreng

Cara2:-
Tumis bawang hiris sehingga wangi. Masukkan rempah kisar dan biarkan sehingga rempahnya garing sedikit. Masukkan sotong dan daging. Biarkan sebentar. Apabila lembut masukkan pula udang dan kiub beef stok. Gaul rata dan bila udangnya masak, baru dimasukkan tomato sos, mee, sawi dan garam+ perasa.Balik2kan sehingga rata dan masak. Jika kekeringan, masukkan sedikit air rebusan. Hidangkan dengan lada jeruk, telur dadar, bawang goreng dan hirisan daun sup/daun bawang.

Monday, December 05, 2011

Nasi Kari Berdaging & Sambal Telur Rebus Goreng Berlado


Ok, inilah dia Nasi Kari Berdaging yang kita masak minggu lepas...recipe ni ada seakan nasi daging yang pernah kita masak dulu..cuma yang ini just gunakan rempah kari & rempah kurma..boleh dikatakan sikit lebih kuranglah cuma yang ni ada sedikit mild compare dengan lalu..So I would say, kita prefer yang ini lah...My dad suka sangat nasi ni..tapi my Mr Hubby macam biasalah..dia kan tak berapa suka nasi berperisa..so bukan kerana recipenya tapi memang tak minat sangat nasi2 yang sewaktu dengan nya..kalau pergi jemputan if there is nasi putih, mesti dia scoop nasi putih instead of nasi beriani/minyak...hehe..
Menu gandingan nasi ni adalah Sambal telur rebus goreng berlado kat bawah ni..mungkin ada sedikit kering..so kalau nak masak kuah pun boleh juga..kuah kari or dalca pun boleh juga ni..

Nasi Kari Berdaging
Sources:-From Nure@myresipi.com
 Bahan2:-(4-5 orang)
  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)-(Ayu gunakan 350g)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato(Ayu gunakan 2 biji), 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
Cara2:-
  1. tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng

*********************

Nasi Kari berdaging kat atas ni kita gandingkan dengan telur rebus goreng berlado ni..memang gandingan yang secocok..heheh..since tips yang diberikan oleh  puan punya recipe sedap dimakan dengan telur rebus, so idea masak telur rebus goreng berlado terus keluar..Since goreng daging berlado hari tu..ramai peminat..kita tukarkan pula dengan telur rebus yang digoreng..best!!!..Mr Hubby puji lauk yang ini..semua pun suka sangat...So ontop of all this, kita rasa Jantung Pisang Rebus or Terung Bakar & Air Asam ..Memang boleh kena sebagai side dish for this menu..

Telur Rebus Goreng Berlado

Sources:-From Ayu@Curlybabesatisfaction

Bahan(4 orang)

  • 7-8 biji telur ayam direbus dan digoreng
  • 10 biji cili api
  • 10 batang lada merah hidup
  • 1 biji bawang besar
  • beberapa tangkai daun sup& bawang
  • 1 biji tomato dihiris nipis
  •  minyak masak
  • garam dan perasa

 Cara2:-
  1. telur direbus dan kemudian digoreng ketepikan
  2. lada merah & cili api diblend hingga halus(guna blender kering)
  3. bawang merah dimayang,daun sup hiris kasar
  4. panaskan sedikit minyak.
  5. tumiskan lada yang diblend hingga naik minyak, diikuti bawang besar yang dimayang, tomato hiris tadi hingga layu.
  6. bila telah mesra kuahnya masukkan telur rebus goreng tadi,garam dan perasa.kacau dan perasakan
  7. masaklah hingga kuah sebati dengan telur,sebelum padamkan api 

Jantung Pisang Rebus & Air Asam

Assalam, dipagi Isnin yang mendung ....hari ni nak masukkan entry yang seharusnya dimasukkan pada Jumaat yang lalu..Tapi memandangkan hari tu..blogger macam ada sikit masaalah, sebab loadingnya aje makan masa yang lama sekali..so decided ah just forget about it dan ketam gigi ajelah..hahaha...

Jantung Pisang ni kita masak dah lama..Teringin nak makan jantung pisang rebus dengan air asam..teringatkan air asam yang best lagi power yang pernah kita cuba dulu disini..Recipe dari Noorsha, dulu kita buat untuk dicicah dengan terung bakar, tapi kali ni dicicah dengan jantung pisang rebus pula..sedappp giler!!..Oh ya baru2 ni kita ada buat Nasi Kari Berdaging, rasa2nya memang sesuai betul lauk ni dikenakan dengan nasi tu, .Anyway, kita letakkan recipe ulang tayang ni disini lagi dan cuma tukarkan bahan sayurnya tu ke jantung pisang..terimakasih buat Noorsha sekali lagi ya..

psst:- Abaikan yang lebam punya side tu ..terlupa nak hiriskan buang lebamnya tu sebeblum ambil gambar..Dah ambil gambar baru perasan..

Jantung Pisang Rebus & Air Asam
Bahan2
1-2 biji jantung pisang
sedikit garam
sedikit minyak masak @ minyak jagung

Cara2:-
 
Buang kulit keras dijantung pisang dan  tinggalkan yang lembut(bahagian sedikit putih),Belah 2 dan, rebus dalam air, dengan sedikit garam & sedikit minyak. Bila dah empuk angkat dan toskan.


Bahan2 utk Air Asam-
10 biji cili padi
2 inci belacan bakar
1 biji bawang besar
Asam jawa sebesar duit 50 sen
1/2 cawan air masak
salt & gula 


Cara2
Tumbuk atau kisar kering cili padi dengan belacan bakar. Kemudian, masukkan gula & garam secukup rasa, tumbuk lagi. Cairkan asam jawa dengan air masak,toskan bijinya dan masukkan dalam cili & belacan yag dah ditumbuk tadi. Tambahkan sedikit demi sedikit air jika terlalu pekat. rasa & tambah ape yg kurang..